Tuesday, December 27, 2016

Isteri Pemimpin Umno Berfoya Ketika Rakyat Sedang Menderita

27 December 2016 oleh Danish Antashah

Penyebaran beberapa keping foto isteri seorang pemimpin utama Umno Selangor berfoya di luar negara nyata mendapat reaksi negatif netizen yang mendakwa perkara tersebut sebagai bukti kehidupan mewah golongan terbabit ketika rakyat sedang menderita dengan pelbagai tekanan kos sara hidup.

Hasil tinjauan Selangor Press mendapati bahawa netizen mengkritik gaya hidup mewah dan bermegah keluarga kepimpinan Umno yang disifatkan gagal memahami kehidupan rakyat kebanyakan yang sedang tersepit dengan keadaan semasa ekonomi negara.

Malah penyebaran foto berkenaan dilihat berjaya mencalarkan imej Umno Selangor secara keseluruhan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga pemimpin utama parti itu.

Foto isteri pemimpin Umno Selangor itu didakwa diambil semasa bercuti ke Las Vegas, Amerika Syarikat memaparkan beliau menaiki limosin mewah.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan diberikan pemimpin berkenaan berkaitan penyebaran foto tersebut.


http://www.selangorpress.net/selangor/2016/12/netizen-kritik-isteri-pemimpin-umno-berfoya-di-luar-negara/